fb fb fb fb fb

Perang Rusia-Ukraine bakal beri kesan besar kepada pasaran minyak dan gas - Pakar

FOTO: AFP

KUALA LUMPUR, 24 Februari - Perang yang tercetus di rantau Eropah Timur membabitkan Rusia dan Ukraine bakal memberi kesan kepada ekonomi, khususnya pasaran minyak dan gas.

Pensyarah dan Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Azmi Hassan berpandangan harga minyak dan gas dijangka melonjak susulan sekatan dikenakan kuasa Barat terhadap Rusia.

Ia sekali gus mempengaruhi kos keseluruhan rantaian bekalan di benua Eropah memandangkan Rusia membekalkan lebih satu pertiga bekalan minyak rantau berkenaan.

"Impak ekonomi yang paling nyata terhadap krisis Ukraine ini ialah harga minyak akan naik mendadak kerana sekatan ekonomi yang dilancarkan turut melibatkan Gazprom iaitu syarikat minyak nasional Rusia.

"Jadi dengan Rusia tidak boleh mengeksport minyak dan gas asli yang mereka ada, ini akan membuat permintaan jadi lebih tinggi terutama daripada negara Eropah yang mengharapkan satu pertiga saluran/bekalan minyak dan gas asli daripada Rusia" kata Azmi kepada RTM, di sini.

Tambahnya, sekatan ekonomi oleh kuasa besar Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah diharap mampu memberi tekanan kepada Presiden Vladimir Putin supaya mempertimbangkan semula operasi ketenteraannya di Ukraine.

Media Baharu