fb fb fb fb fb

Penggubal Undang-undang AS bertemu Dalai Lama

Wakil Parti Republikan, Michael McCaul ketika sedang menyampaikan ucapan/Foto REUTERS

DHARAMSALA, 19 Jun-Sekumpulan penggubal undang-undang berpengaruh Amerika Syarikat (AS) telah bertemu dengan Dalai Lama iaitu pemimpin agama Tibet yang berada dalam buangan di rumahnya, Himalaya.

Kumpulan yang mengandungi tujuh orang itu telah bertenu dengan pemimpin berusia 88 tahun itu yang juga merupakan pemenang anugerah Nobel bagi kemanan di kuil yang berada di utara bandar Dharamasla.

Kumpulan berkenaan yang diketuai Michael McCaul yang merupakan Perwakilan parti Republik bagi Texas dan menduduki Jawatankuasa Hal-Ehwal Luar AS. Kumpulan tersebut turut disertai oleh bekas Speaker House White, iaitu Nancy Pelosi.

Antara isu berbangkit yang dibincang secara bersama-sama ialah berkaitan undang-undang bagi menekan China bagi menyelesaikan pertikaian dan menunggu Presiden AS, Joe Biden menandatangani rang undang-undang tersebut kata Mccaul.

Beijing sebelum ini menggelar Dalai Lama sebagai seorang pemisah berbahaya berkata pihaknya melihat lawatan dan undang-undang berkenaan sebagai sesuatu yang serius.

Beijing turut menggesa kumpulan penggubal undang-undang tersebut agar tidak berhubung dengan 'kumpulan Dalai Lama selain mendesak Biden untuk tidak menandatangani rang undang-undang itu.

Dalai Lama melarikan diri ke India pada tahun 1959 selepas pemberontakan yang gagal menentang pemerintahan China di Tibet.

Dalai Lama telah bertemu dengan pegawai A.S, termasuk presiden, semasa lawatan sebelumnya ke Amerika Syarikat, tetapi Biden tidak bertemu dengannya sejak memegang jawatan Presiden pada 2021.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD