GAZA, 17 Februari- Pasukan perubatan Palestin hari ini membawa keluar 10 mayat daripada runtuhan beberapa rumah yang dibom Israel di bandar Gaza dan Khan Yunis.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), mayat lima ahli keluarga Masoud telah dibawa keluar selepas serangan udara Israel menyasarkan rumah mereka di bandar Gaza.
Pasukan berkenaan berkata sekurang-kurangnya enam lagi anggota keluarga Masoud masih hilang di bawah runtuhan itu.
Sementara itu, mayat lima yang lain turut ditemukan susulan serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah rumah di bandar Al-Qarara, timur laut Khan Yunis.
Pencerobohan Israel yang berterusan di Gaza sejak 7 Oktober lalu telah meragut lebih 28,775 nyawa, manakala lebih 68,552 lagi mengalami kecederaan.
Artikel Berkaitan:
Angka korban di Gaza melepasi 28,000 mangsa
ICJ tolak permintaan Afrika Selatan untuk lebih banyak tindakan ke atas Gaza
300,000 berisiko akibat kekurangan makanan di Gaza- PBB