
KUALA LUMPUR, 20 Julai – Kajian dan penilaian mengenai tahap kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat Orang Asli, dilaksanakan secara berterusan bagi membolehkan penambahbaikan penyampaian ilmu dakwah dilakukan dari semasa ke semasa.
- JAKIM dan YADIM mempergiat usaha melalui Pegawai Mubaligh Orang Asli dan Da'i Orang Asli.
- PMOA memastikan tahap kefahaman Islam kerana mereka tinggal bersama komuniti Orang Asli.
- DOA dari kalangan Orang Asli memantau pengaplikasian ilmu, bukan hanya pembelajaran di kelas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata usaha tersebut dipergiat secara bersama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), menerusi Pegawai Mubaligh Orang Asli (PMOA) dan Da’i Orang Asli (DOA) yang menetap bersama di penempatan masyarakat Orang Asli.
“PMOA dan DOA akan memastikan tahap kefahaman Orang Asli ini kerana mereka tinggal bersama di penempatan orang asli.
“DOA pula, memang dalam kalangan orang asli itu. Antara tugas mereka memastikan kefahaman Orang Asli bukan sahaja dari segi ilmu di dalam kelas, tetapi dari sudut pengaplikasian,” katanya.
Mengulas lanjut katanya, JAKIM akan terus memainkan berperanan dalam memastikan tahap kefahaman Islam dalam kalangan Orang Asli terus diperkukuh.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Rakyat, Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff di Dewan Negara, hari ini.