PARIS, 28 Julai- Bendera Palestin dan sepanduk bertulis genosid dan olimpik dibawa penonton ketika berlangsungnya perlawanan bola sepak antara Israel-Paraguay, semalam.
Menerusi Sukan Olimpik Paris 2024, kawalan keselamatan di sekitar stadium Parc des Princes turut diperketatkan selepas terdapat beberapa pergelutan kecil di stadium berkenaan.
Paraguay mencatat kemenangan 4-2 pada perlawanan terbabit.
Sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung di tengah-tengah kebimbangan keselamatan yang ketara dan ketegangan geopolitik yang memuncak, termasuk mengenai konflik Israel-Hamas di Gaza. - REUTERS
BERITA BERKAITAN:
- Olimpik Paris: IOC mohon maaf, kesilapan perkenal atlet Korea Selatan
- Macron isytihar pembukaan Sukan Olimpik Paris dengan upacara bersejarah di Sungai Seine
- Korea Selatan 'kesal', kesilapan Majlis Pembukaan Olimpik