fb fb fb fb fb

Olimpik Paris: IOC mohon maaf, kesilapan perkenal atlet Korea Selatan

Pemandangan sekitar di Menara Eiffel, semasa upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024/ AFP

SEOUL, 27 Julai- Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memohon maaf atas kesilapan memperkenalkan atlet Korea Selatan semasa Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris.

Pengumuman yang dibuat dalam bahasa Perancis itu, memperkenalkan atlet Korea Selatan sebagai Korea Utara, ketika delegasi Korea Selatan berlayar menyusuri Sungai Seine di ibu negara Perancis.

Insiden tersebut mencetuskan kekesalan delegasi Kementerian Sukan negara berkenaan.

"Kami amat memohon maaf atas kesilapan yang berlaku ketika memperkenalkan pasukan Korea Selatan semasa penyiaran majlis perasmian," kata IOC dalam catatan di akaun X bahasa Korea rasminya.

Kesilapan itu mencetuskan reaksi kurang senang di Korea Selatan, sebuah negara kuasa besar yang mempunyai budaya dan teknologi global serta masih berkonflik dengan Korea Utara yang mempunyai senjata nuklear dan miskin, kerana konflik 1950-1953 berakhir dengan gencatan senjata dan bukannya perjanjian damai.

Sementara itu, Naib Menteri Sukan kedua, Jang Mi-ran meminta pertemuan diadakan segera dengan Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Thomas Bach bagi menyuarakan bantahan.

Kementerian Luar juga akan melakukan perkara sama, termasuk menghantar surat bantahan rasmi.- AFP

ROSLINA BINTI DIN