fb fb fb fb fb

Netanyahu berang Israel dituduh lakukan genosid di Mahkamah ICJ

Benjamin Netanyahu / AFP

BAITULMAQDIS, 12 Januari- Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dengan angkuh membidas tindakan Afrika Selatan kerana mendakwa Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa PBB.

Netanyahu sebaliknya berkata, Israel sebenarnya memerangi genosid yang dilakukan oleh Hamas.

“Negara Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai pada masa ia memerangi pembunuhan beramai-ramai.

"Sebuah organisasi pengganas melakukan jenayah paling teruk terhadap orang Yahudi sejak Holocaust, dan kini ada pihak yang datang untuk mempertahankannya atas nama Holocaust? Sangat kurang ajar. Dunia sudah terbalik,"kata Netanyahu.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE