fb fb fb fb fb

'My heart is broken': Setiausaha Agung PBB simpati nasib rakyat Palestin sempena Aidilfitri

Rakyat Palestin membeli-belah sebagai persiapan untuk menyambut Aidilfitri/Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 10 April - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres meluahkan kesedihannya terhadap keganasan yang menjejaskan umat Islam di Gaza di saat umat Islam di seluruh dunia sedang meraikan hari kemenangan Aidilfitri.

Beliau menzahirkan rasa simpati itu dalam ucapan tahunannya sempena Aidilfitri menerusi hantaran di laman X hari ini.

"Jauh dalam lubuk hati saya terluka mengenangkan nasib rakyat Palestin di Gaza, Sudan dan banyak tempat lain kerana konflik dan kelaparan.

"Begitu ramai umat Islam tidak dapat meraikan Aidilfitri dengan seadanya," kata Guterres dalam satu klip video yang dimuat naik di X.

Zionist Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza meskipun dalam bulan Ramadan.

Sekurang-kurangnya lebih 33,000 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 75,000 cedera sejak 7 Oktober tahun lalu menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

GRACE AISYAH KEDAYAN