fb fb fb fb fb

Michelle Yeoh menang Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Screen Actors Guild

(FOTO AFP)

LOS ANGELES, 28 Februari - Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh mencipta sejarah dengan memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Screen Actors Guild (SAG).

Ini sekali gus menjadikan beliau sebagai pelakon Asia pertama merangkul anugerah tersebut.

(Tan Sri Michelle Yeoh / FOTO AFP)

“Untuk mendapatkan ini daripada anda yang memahami apa itu untuk sampai ke sini...anda semua tahu perjalanan, menaiki roller-coaster, naik dan turun. Tetapi yang paling penting kita tidak pernah berputus asa. Saya berterima kasih... ini bukan hanya untuk saya, ini untuk setiap gadis kecil yang kelihatan seperti saya,” kata Yeoh.

Pelakon dari Ipoh, Perak itu menewaskan pencabarnya, Cate Blanchett, Danielle Deadwyler, Viola Davis dan Ana de Armas.

Pelakon gandingannya dalam filem Everything Everywhere All at Once, Ke Huy Quan dan Jamie Lee Curtis turut memenangi pencalonan pelakon pembantu terbaik kategori lelaki dan wanita.

Filem bergenre sains fiksyen komedi itu bukan sahaja membawa pulang hadiah utama, Outstanding Performance by a Cast in a Motion Picture, tetapi juga menyapu bersih hampir setiap pencalonan.

Anugerah SAG merupakan penghargaan yang diberikan oleh Screen Actors Guild, Persekutuan Amerika bagi Artis Televisyen dan Radio dalam mengiktiraf bakat cemerlang menerusi filem dan televisyen arus perdana.-AFP

Berita berkaitan
Michelle Yeoh rangkul Golden Globes
Agong dan Permaisuri zahirkan ucapan tahniah kepada Michelle Yeoh
Filem Michelle Yeoh dan Cate Blanchett ungguli pencalonan Anugerah Spirit

Media Baharu