fb fb fb fb fb

Twitter tamatkan perkhidmatan 50 lagi pekerjanya

(FOTO FAIL)

WASHINGTON, 28 Februari - Gergasi media sosial Twitter sekali lagi mengambil langkah mengurangkan kakitangannya dengan menamatkan perkhidmatan sekurang-kurangnya 50 pekerja.

Penamatan perkhidmatan itu dilaporkan menjejaskan beberapa pasukan kejuruteraan, termasuk mereka yang terbabit dalam pengiklanan, aplikasi Twitter utama, serta infrastruktur teknikal yang memastikan sistem Twitter beroperasi.

(FOTO REUTERS)

Kebanyakan firma teknologi utama Amerika Syarikat turut mengumumkan pemberhentian kakitangan atau membekukan pengambilan pekerja di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Alphabet, syarikat induk gergasi carian Google merancang menamatkan perkhidmatan 12,000 kakitangan, manakala Microsoft 10,000, Amazon 18,000 atau kira-kira enam peratus daripada tenaga kerjanya, dan Meta sekitar 11,000 jawatan.

Pada awal November lalu, Elon Musk memberhentikan kira-kira 3,700 pekerja Twitter.

Menurut laporan, Twitter kini mempunyai kira-kira 2,000 pekerja.-REUTERS

Media Baharu