fb fb fb fb fb

Palestin, Israel setuju hentikan langkah unilateral menerusi mesyuarat Aqaba

(FOTO AFP)

AMMAN, 28 Februari - Perwakilan Palestin dan Israel bersetuju untuk menghentikan sebarang langkah unilateral (sebelah pihak) dalam tempoh beberapa bulan.

Kementerian Luar Jordan memaklumkan, ia dicapai pada mesyuarat keselamatan yang berlangsung di Jordan.

Pertemuan di kota Aqaba itu diadakan ketika Amerika Syarikat, Mesir dan Jordan berusaha meredakan ketegangan antara kedua-dua pihak yang dikhuatiri akan terus meruncing.

(Pejuang Palestin bertopeng dari Barisan Demokrasi untuk Pembebasan Palestin (DFLP)
mengambil bahagian dalam perarakan di bandar Rafah di Semenanjung Gaza Selatan,
untuk menyokong Tebing Barat dan Palestin di penjara Israel, dan menentang
Sidang kemuncak Aqabah Palestin-Israel / FOTO AFP)

Israel dan Pihak Berkuasa Palestin mengesahkan kesediaan serta komitmen mereka untuk segera berusaha menamatkan langkah-langkah unilateral dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Ini termasuk komitmen zionis Israel menghentikan perbincangan mengenai unit penempatan baharu selama empat bulan dan menghentikan kelulusan penempatan luar selama enam bulan.

Sesi mesyuarat itu turut menegaskan keperluan untuk meredakan ketegangan di lapangan dan mencegah keganasan selanjutnya.

Mereka yang terbabit dalam mesyuarat Aqaba bersetuju untuk bersidang semula di Mesir pada Mac.

Pertemuan Aqaba adalah yang pertama seumpamanya sejak rundingan damai pada 2014 antara Palestin dan Israel gagal.

Ini berikutan keengganan Israel menghentikan pembinaan penempatan dan membebaskan penduduk Palestin yang dipenjarakan sebelum 1993.-AFP

Media Baharu