fb fb fb fb fb

Empat terbunuh, nahas pesawat di Arizona

Foto REUTERS

ARIZONA, 6 Ogos – Empat individu disahkan maut apabila sebuah pesawat pengangkutan perubatan terhempas dan terbakar berhampiran Lapangan Terbang Chinle, Arizona.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Polis Navajo (NPD), pesawat itu sedang dalam perjalanan untuk mengambil seorang pesakit dari hospital berdekatan sebelum terhempas.

Imej yang dikeluarkan oleh NPD menunjukkan serpihan bangkai pesawat kecil jenis enjin berkembar yang musnah dalam kebakaran selepas nahas berlaku.

Agensi berita Reuters mengesahkan tarikh dan lokasi kejadian berdasarkan kenyataan rasmi daripada pegawai tempatan.

Setakat ini, punca nahas masih belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN