fb fb fb fb fb

Angka korban di Gaza lebih 61,000 orang

Foto REUTERS

GAZA, 6 Ogos – Jumlah kematian di Gaza meningkat kepada 61,020 orang, manakala 150,671 lagi cedera sejak konflik antara Hamas dan Israel meletus pada Oktober 2023.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza serangan terbaharu Israel meragut 31 nyawa.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza turut memaklumkan bahawa lapan kematian akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, melibatkan seorang kanak-kanak dan tujuh orang dewasa.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat malnutrisi meningkat kepada 188 orang, termasuk 94 kanak-kanak.

Sementara itu, media tempatan melaporkan tentera Israel melancarkan serangan ke atas sekumpulan individu yang sedang mengangkut bantuan di utara Gaza, menyebabkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera parah.

Serangan udara di barat laut Bandar Gaza meragut lima nyawa, manakala serangan di timur Khan Yunis di selatan Gaza tutut meragut satu nyawa.

Tentera Israel turut melancarkan serangan ke atas Bandar Rafah di selatan Gaza.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN