fb fb fb fb fb

Israel larang 37 organisasi bantuan antarabangsa di Gaza, Tebing Barat

FOTO AFP

GAZA, 1 Januari - Israel melarang 37 organisasi bantuan antarabangsa beroperasi di Gaza dan Tebing Barat mulai 1 Januari 2026.

Larangan dibuat selepas organisasi terbabit kononnya gagal mematuhi syarat pendaftaran baharu yang lebih ketat, menurut laporan media Israel.

Pihak berkuasa negara haram itu berkata, peraturan baharu berasaskan keselamatan, menyingkirkan kakitangan dikaitkan dengan organisasi pengganas.

Langkah ini termasuk menangguhkan aktiviti beberapa organisasi bantuan antarabangsa, termasuk Doktor Tanpa Sempadan (MSF) kerana gagal menyerahkan maklumat kakitangan Palestin.

Peraturan pendaftaran baharu memerlukan organisasi mendedahkan nama kakitangan, sumber pembiayaan, dan status operasi mereka.

Bushra Khalidi dari pertubuhan kebajikan antarabangsa, Oxfam menyifatkan kesan larangan itu sebagai "memusnahkan", memberi impak serius kepada akses bantuan kemanusiaan di Gaza.

"kekangan masuk bekalan asas melambatkan pembaikan, mengurangkan bekalan, dan menjejaskan air bersih, sanitasi, dan kesihatan awam," katanya.

Pesuruhjaya Eropah, Hadja Lahbib pula menegaskan langkah Israel ibarat memutuskan bekalan menyelamatkan nyawa.

Beliau menuntut semua halangan akses bantuan dibatalkan serta-merta.

TUAN MOHAMAD IKRAM BIN TUAN MUHAMAD