fb fb fb fb fb

Giorgio Armani tawar rekaan baharu di Minggu Fesyen Milan

MILAN, 27 Februari - Giorgio Armani memperkenalkan koleksi musim luruh/musim sejuk 2023 pada Minggu Fesyen Milannya yang berkonsepkan 'kelembutan'.

Lelaki berusia 88 tahun itu, dikenali "Raja Giorgio" membuka tirai persembahannya dengan warna kuning air dan gangsa menerusi gaun panjang.

(FOTO REUTERS)

Model memakai baju dan seluar seperti pijama sutera serta pakaian lain bersama beberapa rekaan gaun panjang.

Armani juga menggunakan rona hitam dan menambahnya dengan warna merah jambu untuk rekaan seterusnya.

Aksesorinya termasuk brogues dua warna serta selendang dan baret berjumbai dengan perapian manik.

(FOTO REUTERS)

Armani perkenalkan koleksi musim sejuk untuk barisan keduanya, Emporio Armani, pada Khamis iaitu 24 Februari lepas.

Minggu Fesyen Milan berakhir pada Isnin. - REUTERS

 

Media Baharu