fb fb fb fb fb

Angka kematian bot karam di Itali meningkat 62 orang

ITALI, 24 Februari - Dua lagi mayat ditemui, akibat sebuah bot yang membawa pendatang ke Eropah karam di luar pantai timur wilayah Calabria, Itali.

Penemuan itu menjadikan jumlah kematian meningkat kepada kepada 62, seorang pegawai Itali memberitahu Reuters.

Manakala 80 lagi berjaya diselamatkan, kata seorang pegawai kerajaan wilayah, Manuela Curra, seorang pegawai kerajaan wilayah.

Kapal itu membawa pendatang dari Afghanistan, Iran dan beberapa negara lain dan mangsa termasuk 12 kanak-kanak, kata pihak berkuasa sebelum ini.

(FOTO REUTERS)

Berdasarkan laporan daripada mangsa yang terselamat, pihak berkuasa percaya 180 hingga 200 orang secara keseluruhan berada di atas kapal itu, tambahnya. - REUTERS

Media Baharu