fb fb fb fb fb

Jambatan utama di Kherson rosak teruk akibat serangan udara Rusia

Jambatan ini menghubungkan pusat bandar ke daerah Korabel yang berdekatan/Foto AFP

KHERSON, 2 Ogos - Sebuah jambatan utama yang menghubungkan pusat bandar Kherson ke daerah Korabel, Ukraine mengalami kerosakan teruk selepas serangan udara oleh tentera Rusia.

Menurut Ketua Pentadbiran Wilayah Kherson, Oleksandr Prokudin, serangan pada Jumaat lalu telah menyebabkan gangguan besar kepada pergerakan penduduk dan infrastruktur awam.

Beliau turut menggesa penduduk tempatan agar segera berpindah demi keselamatan.

“Saya menyeru semua penduduk agar memandang serius keadaan ini dan melakukan pemindahan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Imej dari lokasi kejadian menunjukkan struktur jambatan yang hancur dengan serpihan bertaburan di sekitarnya, menandakan tahap kerosakan yang teruk akibat letupan.

Kherson terus menjadi salah satu kawasan yang paling terkesan dalam konflik Rusia-Ukraine yang berpanjangan, dengan serangan ke atas kemudahan awam dan kawasan kediaman kerap berlaku sejak beberapa bulan lalu. - AFP

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI