fb fb fb fb fb

Biden pulih sepenuhnya daripada COVID-19

FOTO REUTERS

WASHINGTON, 24 Julai - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah disahkan negatif COVID-19 dan telah pulih sepenuhnya daripada simpton virus itu, kata doktor yang merawatnya kepada Anadolu Agency (AA).

"Sepanjang jangkitannya, dia tidak pernah menunjukkan demam dan tanda-tanda vitalnya kekal normal, termasuk oksimetri nadi. Paru-parunya kekal bersih. Ujian antigen pantas BINAX adalah negatif," kata Kevin O'Connor dalam satu kenyataan.

"Beliau akan terus dipantau untuk sebarang penyakit berulang. Presiden akan melaksanakan semua tugas rasminya," tambahnya.

White House mengumumkan pada Rabu lalu Biden diuji positif COVID-19 semasa berkempen di Las Vegas, Nevada.

Biden dijangka kembali ke White House lewat Selasa.

TETITIA YUSOFF