fb fb fb fb fb

Perang Gaza dorong defisit Belanjawan Palestin meningkat 172 peratus

Defisit Belanjawan Pihak Berkuasa Palestin diunjurkan melonjak sebanyak 172 peratus pada 2024 berbanding 2023 / Foto Reuters

RAMALLAH, 24 Julai - Defisit Belanjawan Pihak Berkuasa Palestin diunjurkan meningkat sebanyak 172 peratus pada 2024 berbanding 2023, menurut kenyataan kabinet pada Selasa.

Perolehan juga dijangka menurun sebanyak 21 peratus disebabkan oleh konflik yang berterusan di Gaza.

Pengumuman itu disusuli kelulusan Presiden Mahmoud Abbas terhadap Belanjawan Darurat untuk 2024, yang merangkumi langkah penjimatan seperti mengurangkan gaji, perbelanjaan operasi dan modal, serta mengekalkan perbelanjaan pembangunan yang minimum.

Peperangan itu telah menghalang keupayaan pentadbiran Palestin untuk membayar gaji sektor awam sepenuhnya selama lebih dua tahun kerana bantuan yang dikurangkan dan Israel menahan wang cukai.

Israel baru-baru ini memindahkan 435 juta syikal (AS$116 juta) pada awal Julai, pemindahan yang pertama sejak April.

"Kerajaan Israel telah memotong kira-kira dua pertiga daripada hasil cukai Palestin sejak Oktober tahun lepas, berjumlah 3.4 bilion syikal (AS$937.52 juta) daripada tahun sebelumnya, kata kenyataan itu.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN