fb fb fb fb fb

Tradisi karnival "perang tepung" menyelubungi bandar Yunani

(FOTO AFP)

GALAXIDI, 28 Februari - Ratusan penduduk tempatan di bandar nelayan pantai Galaxidi, Greece mengambil bahagian dalam acara 'perang tepung' pada Isnin yang merupakan sebahagian daripada tradisi karnival lama.

Acara tersebut telah menimbulkan keseronokan antara satu sama lain dengan bertan-tan tepung masak yang diwarnakan dengan pewarna makanan.

Orang ramai yang hadir memakai cermin mata dan sut pakai buang bagi melindungi diri mereka daripada tepung melekit yang melayang di udara.

(FOTO AFP)

“Ia hebat! Selepas COVID kami datang ke sini untuk membebaskan diri selama dua tahun terakhir tradisi itu telah dibatalkan kerana Coronavirus," kata salah seorang peserta, Katerina Drosopoulou.

Di seberang pelabuhan bandar, ratusan lagi menonton pada jarak yang selamat.

"Saya tidak pernah melihat semua awan debu, ia hebat, saya sangat teruja," kata salah seorang penonton, Sofia Papadopoulou.

Perayaan yang turut dinamakan "Isnin Bersih" itu juga menandakan berakhirnya musim karnival dan permulaan puasa bagi masyarakat Yunani.

Tradisi ini dipercayai telah berkembang dari abad ke-19 semasa zaman Yunani diduduki oleh empayar Uthmaniyyah.

Penguasa Uthmaniyyah telah melarang perayaan karnival, tetapi penduduk tempatan akan menconteng muka mereka dengan abu dan menari di jalanan.-REUTERS

Media Baharu