BRASILLIA, 30 Ogos-Hakim Mahkamah Agung Brazil pada Jumat mengarahkan penggantungan sementara terhadap rangkaian sosial media X di negara berkenaan selepas pemiliknya, Elon Musk gagal menamakan wakil perundangan baharu buat firma tersebut di negara itu.
Hakim berkenaan, Alexandre de Moraes mengarahkan penutupan operasi X Brasil internet LTDA serta-merta.
Moraes telah mengarahkan Agensi Telekomunikasi Nasional (Anatel) untuk mengambil semua langkah yang diperlukan untuk melaksanakan perintah tersebut dalam tempoh 24 jam.
Moraes turut meminta Google, Apple, dan penyedia internet untuk "memperkenalkan halangan teknologi yang mampu mencegah penggunaan aplikasi X" dan akses ke laman sesawang berkenaan.
Platform media sosial yang dahulunya dikenali sebagai Twitter itu mempunyai lebih daripada 22 juta pengguna di Brazil.
Awal bulan ini, Musk menutup operasi X di Brazil awal selepas mendakwa Moraes mengancam untuk menahan wakil perundangan syarikat tersebut dan memaksa untuk mematuhi perintah penapisan.
Rabu lalu, Moraes mengarahkan Musk "untuk melantik wakil perundangan baharu syarikat di Brazil dalam tempoh 24 jam" atau berhadapan dengan penggantungan.-AFP
BERITA BERKAITAN :