fb fb fb fb fb

Hakim Brazil ancam gantung X

Ibu pejabat X di Brazil/Foto REUTERS

BRASILLIA,29 Ogos-Hakim Mahkamah Agung Brazil pada Rabu mengancam untuk menggantung aplikasi sosial media X, sekiranya Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk tidak menamakan wakil undang-undang baharunya untuk membolehkan operasi sosial medianya beroperasi di negara berkenaan.

Dalam satu pengumuman yang diumumkan pada Rabu, Hakim Mahkamah Agung Brazil, Alexandre de Moraes memerintahkan Musk untuk melantik wakil sah syarikat yang baru di Brazil dalam tempoh 24 jam.

Moraes yang menerajui penentangan terhadap maklumat palsu di negara terbesar Amerika Selatan itu seringkali berbalah dengan Musk berhubung isu kebebasan suara media sosial.

Musk dan pengkritik lain telah menyatakan bahawa Moraes merupakan sebahagian daripada penghalang terhadap kebebasan bersuara.

Sebelum ini, Moraes telah mengarahkan penangguhan beberapa akaun Twitter yang disyaki menyebarkan maklumat palsu, termasuk akaun penyokong bekas presiden sayap kanan Brazil, Jair Bolsonaro, yang cuba merendahkan kredibiliti sistem pengundian dalam pilihan raya presiden 2022.

Terdahulu,awal bulan in, Musk telah menutup operasi perniagaan X di Brazil sambil mengekalkan akses ke laman media sosial tersebut untuk pengguna selepas menuduh Moraes mengancam wakil sah syarikatnya sebelum ini.

Musk turut disiasat berhubung dakwaan pengubahan wang haram untuk mengatur kempen maklumat palsu kepada Bolsonaro dan sekutunya.-AF

 



KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD