fb fb fb fb fb

Lima cedera dalam insiden tikaman bas

Foto AFP

BERLIN, 31 Ogos-Seorang wanita dilaporkan menikam dan mencederakan lima penumpang bas di timur Jerman, Jumaat lalu.

Pihak polis berkata suspek berusia 32 tahun itu ditahan sejurus insiden di bandar Siegen.

Pihak polis turut menafikan serangan tersebut merupakan serangan pengganas, kata polis tempatan dalam satu kenyataan.

Tiga daripada lima mangsa berada dalam keadaan kritikal, manakala seorang cedera parah, dan mangsa kelima hanya mengalami kecederaan ringan.

Minggu lalu, Jerman digemparkan dengan insiden tikaman di bandar Solingen, di bahagian barat negara itu.

Insiden itu menyebabkan tiga orang maut dan lapan yang lain cedera.

Suspek yang merupakan lelaki rakyat Syria berjaya ditembak mati oleh polis pada Selasa.

Insiden tikaman turut mendorong kerajaan Jerman pimpinan Canselor Olaf Scholz untuk mengumumkansekatan baharu terhadap individu yang membawa pisau di khalayak umum dan pengangkutan jarak jauh, serta mengurangkan faedah untuk sesetengah pendatang haram. -AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD