CHINARI, 3 Mei-Pihak berkuasa telah menutup madrasah di Kashmir yang ditadbir Pakistan berikutan kebimbangan kemungkinan wujudnya tindakan ketenteraan, ketika ketegangan antara India dan Pakistan semakin memuncak selepas serangan berdarah di Kashmir.
Pentadbir Madrasah Imam Azam Abu Hanifa, Maulana Farid Ahmed, berkata bahawa madrasah ditutup selama sepuluh hari.
Beliau turut menegaskan bahawa tentera, ulama, dan pelajar telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pencerobohan oleh India.
India dan Pakistan sebelum ini telah berperang sebanyak dua kali akibat pertikaian di Kashmir, dan telah telah bertempur di sempadan kedua-dua negara.
Bulan lalu,sekumpulan pemberontak disyaki telah membunuh sekurang-kurangnya 26 pelancong dalam serangan minggu lalu di kawasan peranginan Kashmir.
Kerajaan India menuduh Pakistan terlibat, namun Islamabad menafikan dakwaan tersebut.
Sementara itu, Pakistan pula mendakwa India berhasrat untuk melancarkan tindakan ketenteraan dalam masa terdekat berdasarkan sumber risikannya.-REUTERS