fb fb fb fb fb

Lubnan sedia tambah tentera di selatan

Foto AFP

BEIRUT, 15 Oktober - Lubnan bersedia untuk meningkatkan kehadiran tentera di selatan selepas sebarang pelaksanaan gencatan senjata.

"Pada masa ini kami mempunyai 4,500 askar di selatan Lubnan dan kami ingin menambah mereka kepada antara 7,000 hingga 11,000," kata Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati.

Menurut beliau sebaik sahaja gencatan senjata dicapai, Lubnan boleh memindahkan askar dari bahagian lain di negara ini ke selatan.

"Maklumat yang kami ada ialah terdapat pencerobohan singkat (Israel) di selatan Lubnan," tambahnya.

Selain itu, keselamatan juga telah diperketatkan di satu-satunya lapangan terbang negara itu di Beirut.

Lapangan terbang berkenaan sebelum ini menjadi sasaran semasa perang terakhir Israel dengan Hizbullah pada 2006.

Wujud kebimbangan apabila Israel mengancam untuk memusnahkan Lubnan sama seperti dilakukan di Gaza.

Menteri Pengangkutan Lubnan, Ali Hamieh sebelum ini menafikan tuduhan Israel bahawa Hizbullah menggunakan lapangan terbang dan lintasan sempadan untuk menyeludup senjata. -AFP

Trainee2