fb fb fb fb fb

Lima terbunuh dalam serangan bas petugas bantuan GHF

Foto AFP

WASHINGTON, 12 Jun -Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam serangan bas didakwa menyasarkan petugas bantuan kemanusiaan yang dalam perjalanan ke pusat pengedaran bantuan di barat Khan Younis.  

Bagaimanapun Yayasan Kemanusiaan Gaza disokong Amerika Syarikat (AS) GHF, menuduh kumpulan Hamas menyerang bas berkenaan yang membawa puluhan kakitangannya ke pusat pengedaran bantuan yayasan berkenaan. 

Agensi itu menerusi satu kenyataan memaklumkan, jumlah sebenar yang terlibat masih dalam siasatan. Namun, berdasarkan laporan awal, beberapa petugas dilaporkan cedera dan ada yang dijadikan tebusan. Yayasan itu turut mendakwa, mereka diserang dengan kejam.

Kenyataan itu menyebut penumpang bas terdiri daripada warga Palestin dan kesemuanya adalah pekerja bantuan. Mereka dalam perjalanan ke pusat pengedaran GHF di barat Khan Younis. Kenyataan itu mengutuk sekeras-kerasnya serangan berkenaan.

Setakat berita ini dikeluarkan, belum ada maklum balas daripada Hamas berkaitan dakwaan berkenaan -AFP

BERITA BERKAITAN
31 terbunuh, 200 rakyat Gaza cedera ketika menunggu bantuan makanan
Dua pekerja bantuan Oxfam terbunuh di Gaza
Konflik Palestin-Israel: 11 pekerja, sukarelawan bantuan PBB terbunuh

SITI NOORAIN ABDULLAH