fb fb fb fb fb

Letupan tong gas di restoran Beirut, lapan terbunuh

FOTO AFP

BEIRUT, 1 Mei- Kebakaran disebabkan letupan tong gas di sebuah restoran di sini, Lubnan, membunuh sekurang-kurangnya lapan orang dalam kejadian semalam.

Agensi Berita Nasional (NNA) memetik Pasukan Bomba Beirut sebagai berkata lapan mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas di dalam restoran terbabit.

Bomba memaklumkan kebocoran gas menjadi punca letupan berkenaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen, Ibrahim Mneimneh mempersoalkan tahap keselamatan di restoran terbabit.

"Kemalangan tersebut menunjukkan tempat ini tidak selaras dengan piawaian keselamatan awam," kata Ibrahim ketika melawat tempat kejadian.

Selain beliau, beberapa Ahli Parlimen turut 'turun padang' ke lokasi letupan termasuk Menteri Dalam Negeri, Bassam Mawlawi. -AFP

SITI AISHAH MD ISA