fb fb fb fb fb

Letupan periuk api, dua lagi tentera Mexico maut

FOTO HIASAN

BUENAVISTA TOMATLAN, 19 Disember- Dua lagi anggota tentera Mexico maut dalam letupan periuk api buatan sendiri yang berlaku di Buenavista, Michoacan pada malam Selasa, menurut pejabat pendakwa negeri pada Rabu.

Kejadian itu merupakan insiden maut kedua minggu ini melibatkan peranti seumpama itu.

Menurut laporan El Universal, tentera yang terlibat dalam kejadian itu sedang cuba untuk menyahaktifkan periuk api tersebut ketika ia meletup.

Sumber tentera yang enggan dikenali pula berkata pasukan tersebut sedang mencari periuk api lain yang dipercayai telah ditanam di kawasan tersebut.

Isnin lalu, satu letupan periuk api buatan sendiri di wilayah sama telah meragut dua nyawa tentera dan mencederakan lima yang lain.

Menteri Pertahanan, Ricardo Trevilla mengesahkan bahawa peranti berkenaan dipercayai ditanam oleh kumpulan jenayah tempatan yang bersaing dengan kartel dadah lebih besar.

Sejak akhir 2018, enam lagi tentera dilaporkan terkorban akibat peranti serupa, tambahnya.

Mexico terus berdepan keganasan berkaitan dadah dengan lebih 450,000 orang maut sejak kerajaan melancarkan operasi tentera untuk membanteras penyeludupan dadah pada 2006, menurut data rasmi. -AFP

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA