fb fb fb fb fb

Lelaki maut ditolak ke arah kereta api bergerak di New York

FOTO HIASAN

NEW YORK, 27 Mac- Seorang lelaki maut selepas ditolak ke landasan kereta api bawah tanah di sini, Amerika Syarikat dalam serangan disifatkan 'tiada motif' pada petang Isnin lalu.

Mangsa belum dikenal pasti itu telah ditolak ke hadapan kereta api yang sedang bergerak di East Harlem.

Suspek lelaki bernama Carlton McPherson, 24, sudah ditahan.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan dia mempunyai sejarah penyakit mental.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini terdapat beberapa insiden tembakan maut, insiden melibatkan pisau dan penumpang ditolak ke landasan.

Sejak awal bulan ini, Gabenor New York, Kathy Hochul mengerahkan kira-kira 750 tentera untuk memantau lebih 400 stesen kereta api bawah tanah.

Bulan lalu, seorang terbunuh dan lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di stesen kereta api bawah tanah New York.

Baru-baru ini, seorang wanita kehilangan kedua-dua kaki selepas pasangannya menolak mangsa ke landasan kereta api ketika bertengkar.

Sementara pada Oktober lalu, seorang wanita dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal selepas seorang individu menolaknya ke arah kereta api. -AFP

SITI AISHAH MD ISA