fb fb fb fb fb

Lebuh raya runtuh: Angka korban meningkat kepada 36 orang

Penyelamat menaikkan kenderaan mangsa dari kawasan runtuhan/Reuters

BEIJING, 2 Mei- Angka korban tragedi runtuhan lebuh raya di wilayah Guangdong, China, awal pagi semalam, meningkat kepada 36 orang.

"Sehingga pukul 5.30 pagi ini... 36 orang telah meninggal dunia, dan 30 lagi cedera," lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.

Sebahagian lebuh raya yang menghubungkan bandar Meizhou dan daerah Dabu itu runtuh sekitar pukul 2.10 pagi semalam.

Ia menyebabkan 20 kenderaan terperangkap dan melibatkan seramai 54 mangsa.

Setakat petang semalam, 30 orang mengalami kecederaan dan dirawat di hospital, namun tidak kritikal.

Xinhua melaporkan runtuhan itu berpunca daripada bencana alam disebabkan kesan hujan lebat yang berterusan.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Guangdong mencatatkan kematian di beberapa kawasan yang dilanda banjir susulan hujan lebat.

Bandar di wilayah itu turut dilanda puting beliung yang mengorbankan lima orang, minggu lalu. -AFP

0205 BD UPDATE CHINA JALAN RUNTUH 3

Runtuhan lebuh raya di selatan China, awal pagi semalam/Reuters


ARTIKEL BERKAITAN

Lebuh raya di selatan China runtuh, 19 maut

SITI AISHAH MD ISA