NAKHON SI THAMMARATM, 2 Mei- Seekor anjing peliharaan yang diletak di hadapan sebuah kedai di Thailand nyaris maut akibat diserang strok haba, baru-baru ini.
Sistem kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan anjing dari baka Pomerania itu kelihatan lemah dan bergelut untuk bangun beberapa kali sebelum pengsan.
Kejadian berlaku di Nakhon Si Thammarat pada 5 April lepas.
Menerusi rakaman berkenaan, anjing itu segera diangkat dan diurut oleh pemiliknya sebelum dikejarkan ke hospital untuk menyelamatkan nyawanya.
Bangkok menaikkan amaran haba yang teruk baru-baru ini apabila indeks bacaan suhu di ibu kota itu meningkat ke tahap berbahaya.
Sekurang-kurangnya 30 orang maut sepanjang tahun ini akibat suhu panas melampau, berbanding 37 kematian tahun lalu. -Reuters