fb fb fb fb fb

Moose 'rare' berwarna putih ditemui di Kanada

FOTO REUTERS

ALBERTA, 2 Mei- Seekor moose berwarna putih yang disifatkan sangat jarang ditemui dirakam melintasi sebuah jalan raya di kawasan terpencil di sini, Kanada, baru-baru ini.

Ia sempat dirakam oleh seorang lelaki bernama Theresa Tanner ketika memandu sebuah kenderaan bersama isterinya di kawasan terbabit pada senja Isnin lalu.

Mengikut kepercayaan penduduk tempatan, moose berwarna putih mempunyai "semangat" yang melambangkan tuah.

Moose adalah daripada spesis paling besar dalam keluarga rusa di Amerika Utara. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA