fb fb fb fb fb

Korban banjir Kenya meningkat 181 orang

Foto Reuters

NAIROBI, 2 Mei - korban banjir dan tanah runtuh di Kenya kini meningkat kepada 181 orang sejak Mac lalu kata kerajaan negara itu dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada Rabu.

Bencana alam berkenaan turut memaksa ribuan penduduk meninggalkan kediaman masing-masing selain berpuluh-puluh penduduk yang lain terbunuh di negara jiran seperti Tanzania dan Burundi.

Hujan lebat dan banjir turut memusnahkan rumah dan beberapa kemudahan asas seperti jalan raya, jambatan, di seluruh negara.

Angka kematian di Kenya meningkat melebihi angka dicatatkan tahun lalu.

Di bandar Mai Mahiu, sekurang-kurangnya 48 maut dalam banjir kilat pada isnin. Dua mayat ditemui pada Rabu kata Pengurus Palang Merah Wilayah Selatan Kenya, Felix Maiyo.

Menurut Maiyo, Pihak tentera bersama-sama anjing pengesan turut dikerah dalam operasi mencari dan menyelamat.

Terdahulu pada hari Rabu, jurucakap kerajaan Isaac Mwaura berkata jumlah kematian meningkat daripada 10 orang kepada 179 orang.

Di Kitengela, 33 kilometer dari Nairobi, pasukan Palang Merah Kenya membantu menyelamatkan rumah penduduk yang dinaiki air.

Pasukan berkenaan turut berusaha menyelamatkan pelancong yang terperangkap di kem di Narok, 215 km dari Nairobi, kata Palang Merah Kenya di platform media sosial X.

Sementara itu, Pihak berkuasa Lebuh Raya Kebangsaan Kenya berkata ia telah menutup bahagian lebuh raya menuju ke bandar dan sekurang-kurangnya tiga jalan lain di seluruh negara akibat banjir dan tanah runtuh.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD