fb fb fb fb fb

Puting beliung 'landspout' landa barat Texas

FOTO REUTERS

TEXAS, 2 Mei- Seorang penduduk di barat Texas, Amerika Syarikat merakam kejadian puting beliung 'landspouts' yang terbentuk di wilayah itu, petang semalam.

Rakaman berdurasi 1 minit 47 saat itu diambil oleh William Dingus di selatan bandar Fort Stockton.

Dingus berjaya merakam 'landspouts' berkenaan sehingga pusarannya surut dan menghilang.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan juga mengesahkan fenomena itu dan memaklumkan 'landspout' terbabit berlaku dalam durasi sekejap serta tidak menjejaskan kawasan lain.

Menurut media tempatan, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

'Landspouts' adalah sejenis puting beliung yang terbentuk semasa peringkat pertumbuhan awan kumulus kongestus dengan meregangkan vortik lapisan sempadan (berputar) ke atas dan masuk ke dalam kumulus kongestus. -Reuters

0205 BD TORNADO TEXAS 2
'Landspout' di barat Texas semalam berlaku tidak lama dan tidak menjejaskan kawasan lain

SITI AISHAH MD ISA