fb fb fb fb fb

Tanah runtuh di Utara Perancis, seorang wanita maut

Foto Hiasan/Reuters

PERANCIS, 2 Mei - Seorang wanita, 57 tahun terkorban akibat kejadian tanah runtuh luar biasa di utara Perancis, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis.

"Peristiwa hujan sangat lebat yang mencetuskan banjir lumpur di perkampungan Courmelles, iaitu sekitar 90 kilometer (55) timur laut Paris, kata wilayah tempatan dalam satu kenyataan.

"Lumpur menimbuskan sekurang-kurangnya 10 buah rumah di kawasan itu" kata Datuk Bandar Courmelles Arnaud Svrcek kepada AFP.

Dengan air kira-kira 1.5 meter (lima kaki) dalam rumah, "suami dapat melarikan diri dengan kesan lebam di kepala, tetapi wanita itu dihanyutkan," tambahnya.

Jabatan Aisne mengatakan ribut yang melanda Courmelles berada pada tahap jingga, ia merupakan
amaran kedua tertinggi yang dikeluarkan pihak berkuasa cuaca Meteo France.

Bagaimanapun, Svrcek telah mengaktifkan pelan keselamatan kawasan itu, menawarkan pusat untuk orang yang terjejas untuk berlindung, kata wilayah itu. - AFP

TETITIA YUSOFF