fb fb fb fb fb

Harga Wegovy, Mounjaro diturunkan

FOTO REUTERS

ENGLAND, 2 Mei - Farmasi dalam talian dan klinik pelangsingan badan di Britain menurunkan harga ubat Wegovy dan Mounjaro sejak beberapa bulan lepas, ekoran bekalan ubat itu mencukupi.

Farmasi dalam talian Mudah pada bulan Februari mengurangkan harga dos permulaan Mounjaro kepada 159 paun ($198) untuk bekalan sebulan daripada 179 paun.

Harga itu semakin berkurang kepada 149 paun pada Isnin, ia sekali gus meningkatkan permintaan keatas Mounjaro.

Bagaimanapun persaingan dalam kalangan peruncit menimbulkan kebimbangan sesetengah pesakit yang ingin mendapatkan ubat berkenaan daripada terus bergantung kepada Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS).

Sementara itu peruncit juga menawarkan akses dalam talian kepada doktor yang boleh memberi preskripsi secara persendirian.

Permintaan untuk ubat obesiti baharu itu belum pernah berlaku sebelum ini, namun setelah pelancaran Mounjaro orang ramai mula memilih ubat itu. - REUTERS

TETITIA YUSOFF