Langkau sempadan wilayah: China beri amaran terhadap Filipina

Foto AFP

BEIJING, 2 April – China menyuarakan bantahan keras terhadap tindakan Filipina yang didakwa bercadang menamakan semula beberapa pulau yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mao Ning dakwa Filipina secara tidak sah menetapkan sempadan bagi gugusan Pulau Kalayaan.
  • Filipina didakwa melangkaui sempadan wilayah dan menamakan pulau serta terumbu di Kepulauan Nansha milik China.
  • Tindakan itu didakwa melanggar Piagam PBB serta undang-undang antarabangsa.
  • Pihak berkuasa China akan mengambil langkah sewajarnya mempertahankan kedaulatan, hak dan kepentingannya di Laut China Selatan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning mendakwa Filipina secara tidak sah menetapkan sempadan bagi gugusan Pulau Kalayaan.

“Filipina melangkaui sempadan wilayahnya sendiri dan secara tidak sah menetapkan sempadan bagi gugusan pulau tersebut serta melaksanakan penamaan terhadap pulau dan terumbu yang berkaitan di Kepulauan Nansha milik China,” katanya dalam sidang media khas di sini semalam.

Tindakan dilakukan Filipina didakwa melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu serta undang-undang antarabangsa berkaitan.

Langkah sewajarnya akan diambil Beijing bagi mempertahankan kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingannya di Laut China Selatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.