fb fb fb fb fb

Banjir: 10 maut, 21 hilang di Brazil

Imej udara memaparkan jalan yang dinaiki air di Encantado, negeri Rio Grande do Sul semalam/AFP

RIO DE JANEIRO, 2 Mei- Banjir yang melanda selatan Brazil telah meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa dan kira-kira 21 orang dilaporkan hilang, setakat ini.

Sementara itu, hampir 3,300 orang kehilangan tempat tinggal di negeri Rio Grande do Sul.

Gabenor Eduardo Leite berkata, penduduk sedang berhadapan dengan bencana terburuk dalam sejarah negeri itu yang menjejaskan lebih 100 majlis perbandaran.

Tambahnya, usaha mencari mangsa hilang giat dilakukan ketika ramalan hujan lebat dijangka akan terus berlaku.

Pihak berkuasa turut menggesa orang ramai agar mengelak kawasan lebuh raya kerana risiko banjir lumpur, manakala mereka yang tinggal berhampiran sungai atau di lereng bukit dinasihat berpindah.

"Kami kehilangan segala-galanya... makanan, semua yang kami ada dalam rumah, sudah hilang. Rumah kami setinggi dua meter dan masih dinaiki air," kata Adriana Salete Gas, penduduk dari bandar Santa Cruz do Sul.

Kemusnahan akibat banjir di negeri itu dianggarkan bernilai kira-kira AS$20 juta. -AFP

SITI AISHAH MD ISA