fb fb fb fb fb

Lebih separuh korban perang di Gaza adalah wanita, kanak-kanak - PBB

Seorang wanita mendukung jenazah anaknya yang terkorban dalam pengeboman Israel di Rafah pada 6 Mei lalu/AFP

GAZA, 15 Mei- Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan kira-kira 56 peratus daripada lebih 35,000 korban perang di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak.

PBB memberitahu pihaknya akan berusaha untuk mengesahkan angka terbabit yang dilihat amat membimbangkan.

Kementerian Kesihatan Gaza semalam melaporkan sekurang-kurangnya 35,173 orang telah terbunuh di wilayah itu akibat operasi ketenteraan Israel sejak perang meletus pada 7 Oktober lepas.

Sehingga 30 April lalu, kementerian berkenaan sudah mengenal pasti hampir 25,000 korban dengan kira-kira 10,000 jenazah yang lain sukar dikenal pasti.

Dalam pada itu, sebanyak 40 peratus daripada korban yang telah dikenal pasti adalah lelaki, 20 peratus (wanita) dan 32 peratus (kanak-kanak), manakala lapan beratus lagi adalah warga emas -- kategori yang tidak dibahagikan mengikut jantina.

Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Christian Lindmeier berkata, pecahan tersebut merupakan rekod paling komprehensif yang disediakan setakat ini.

Anggaran berkenaan adalah rasional kerana ia masih tidak mengambil kira kemungkinan lebih ramai wanita dan kanak-kanak yang terkorban di bawah runtuhan kediaman. -AFP

SITI AISHAH MD ISA