fb fb fb fb fb

Latihan ketenteraan Rusia di Belarus diteruskan

FOTO AFP

MOSCOW, 21 Februari- Belarus meneruskan latihan bersama Russia dan tenteranya berikutan ketegangan terhadap Ukraine yang dijangka akan berakhir hujung minggu ini.

"Presiden Belarus dan Russia memutuskan untuk meneruskan pemeriksaan ke atas kesiapsiagaan pasukan Negara Kesatuan," kata menteri pertahanan Belarus, Victor Khrenin, dalam satu kenyataan.

Jelasnya, keputusan itu diambil berikutan peningkatan aktiviti ketenteraan di sepanjang sempadan Belarus dan Russia selain 'peningkatan ketegangan' di timur Ukraine.

Latihan di Belarus yang sepatutnya berakhir semalam, memburukkan lagi ketegangan antara Moscow dan ibu negara Barat berhubung kebimbangan serangan Russia ke atas Ukraine.

Washington sebelum ini, berkata Kremlin telah menghantar kira-kira 30,000 tentera bagi menjalani latihan merentasi negara bekas Soviet, Belarus, termasuk di sempadan utara Ukraine.

Kementerian Pertahanan Belarus, berkata peringkat latihan berskala besar kelak akan meneruskan matlamat untuk memastikan tindak balas tentera yang mencukupi terhadap sebarang ancaman luar.

Bagaimanapun pihaknya tidak menyatakan secara khusus sebarang tarikh akhir untuk menamatkan latihan berkenaan.-AFP

 

Media Baharu