fb fb fb fb fb

Krisis Ukraine jejaskan pembiayaan makanan di Yaman

GENEVA, 16 Mac- Krisis kelaparan di Yaman akan bertambah buruk sekiranya Ukraine tidak diberikan bantuan.

Itu amaran Penganjur persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

Menurut ketua kemanusiaan PBB, Martin Griffith, tahun ini mereka memerlukan hampir AS$4.3 bilion (RM18 bilion) untuk membantu lebih 17 juta orang di seluruh Yaman

Beliau berkata, memandangkan pembiayaan semakin berkurangan sejak akhir tahun lalu, agensi bantuan juga terpaksa memotong atau menghentikan perkhidmatan makanan dan kesihatan.

(Rakyat Yaman berada di luar khemah di kem pelarian - REUTERS)

Diplomat Britain itu berkata, pencerobohan besar-besaran Russia ke atas Ukraine, yang dilancarkan bulan lalu, akan memberi impak sekunder yang meluas.

PBB mendedahkan, daripada 31.9 juta penduduk di Yaman, 23.4 juta memerlukan bantuan kemanusiaan dengan 12.9 juta daripadanya dalam keadaan terdesak.

Sementara itu, Program Makanan Sedunia (WFP) berkata, tahap kelaparan boleh menjadi bencana sekiranya krisis Ukraine bakal menaikkan harga makanan. -AFP

Media Baharu