fb fb fb fb fb

Korea Selatan, Malaysia lanjutkan perjanjian pertukaran mata wang

Korea Selatan dan Malaysia melanjutkan perjanjian pertukaran mata wang mereka selama tiga tahun / Foto Hiasan

SEOUL, 13 Mei Korea Selatan dan Malaysia melanjutkan perjanjian pertukaran mata wang mereka selama tiga tahun.

Memetik laporan agensi berita Yonhap, Kementerian Kewangan Korea Selatan memaklumkan di bawah perjanjian yang diperbaharui ini, bank pusat kedua-dua negara dibenarkan untuk menukar sehingga 5 trilion won (AS$3.65 bilion), atau RM15 bilion saiz yang sama seperti di bawah perjanjian mereka yang sebelum ini ditandatangani pada Februari 2020.

Perjanjian yang diperbaharui ini mula berkuat kuasa pada hari yang sama dan akan berkuat kuasa sehingga 12 Mei 2027 dan boleh dilanjutkan lagi atas persetujuan kedua-dua pihak.

"Pelanjutan perjanjian pertukaran mata wang ini akan membantu mempromosikan perdagangan dua hala dan mengukuhkan kerjasama kewangan," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN