fb fb fb fb fb

Kemusnahan terumbu karang: Filipina tolak dakwaan China

Kapal Tentera Laut China dilihat melakukan rondaan di Laut China Selatan/Foto REUTERSn

MANILA, 9 Julai-Filipina pada Selasa menolak dakwaan China berhubung kapal-kapal perangnya yang di tempatkan di perairan Second Thomas Shoal di Laut China Selatan merosakkan kawasan ekosistem terumbu karang.

Sebaliknya Filipina menyalahkan kerosakan persekitaran marin yang didakwa dilakukan oleh Beijing.

Pasukan Penguat kuasa Filipina di Laut China Selatan dalam satu kenyataan, menggesa penilaian saintifik marin oleh pihak ketiga yang bebas berkaitan punca kemusnahan terumbu karang di Laut China Selatan.

"China yang didapati menyebabkan kerosakan kekal terhadap batu karang.

"China juga menyebabkan kerosakan teruk kepada ekosistem maritim, habitat semulajadi selain menjejaskan habitat semula jadi dan mata pencarian beribu-ribu nelayan Filipina," kata salah seorang pegawai berkenaan

Isnin lalu, Kementerian Sumber Asli China dalam sebuah laporan berkata kapal perang Filipina telah "ditempatkan secara haram di sekitar Second Thomas Shoal berhampiran Kepulauan Nasha untuk tempoh jangka masa yang lama.

Tambah laporan itu lagi, keadaan berkenaan menyebabkan kerosakan terhadap kepelbagaian kemampanan dan ekosistem terumbu karang.

Filipina dan Beijing telah terlibat dalam konfrontasi di Second Thomas Shoal di mana Manila mengekalkan kapal perang lama BRP Sierra Madre, yang di bawa pada 1999 untuk mengukuhkan tuntutan maritim. sebilangan anggota turut ditempatkan di atasnya.

China pula telah mengorek pasir dan batu karang untuk membina pulau buatan di Laut China Selatan, yang dikatakan sebagai aktiviti pembinaan biasa di wilayahnya, tetapi dianggap z negara lain bertujuan untuk menguatkuasakan tuntutannya terhadap laluan air.

Laporan oleh Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa tahun lalu mendapati aktiviti pembinaan dan mengorek pasir adalah melebihi 4,600 ekar kawasan terembu karang.

China menuntut hampir semua laluan perairan penting, menyaksikan perdagangan bernilai AS $3 trilion setiap tahun termasuk bahagian yang turut menjadi pertikaian dan dituntut oleh Filipina, Brunei, Malaysia, Taiwan dan Vietnam.

Tetapi Mahkamah Timbang Tara Tetap di Hague pada 2016 mendapati tuntutan meluas China di Laut China Selatan tidak mempunyai asas undang-undang dan Beijing tidak menerima keputusan berkenaan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD