fb fb fb fb fb

Tentera Israel bunuh 6 penduduk Palestin dan halang rawatan

Kem pelarian Jenin diserang tentera zionis/AFP

JENIN, 13 Disember- Tentera Israel membunuh enam penduduk Palestin dengan dua daripadanya menjadi korban selepas zionis menghalang mangsa yang cedera untuk mendapatkan rawatan.

Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan mereka menjadi mangsa kekejaman zionis yang melakukan serbuan di bandar sini, Tebing Barat pada pagi semalam.

Pihak itu berkata, seorang lelaki ditembak di paha dan meninggal dunia selepas tentera Israel melenggah-lenggahkan mangsa untuk ke hospital.

Seorang lagi mangsa melibatkan kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun juga maut selepas dihalang daripada menerima rawatan.

"Tentera Israel terus menyerbu kem pelarian Jenin dan kakitangan ambulans dihalang masuk tanpa penyelarasan terlebih dahulu", kata Bulan Sabit Merah Palestin dalam kenyataan semalam.

Angka kematian akibat serangan Israel sejak 7 Oktober lalu ke atas Tebing Barat kini melebihi 235 orang.

SITI AISHAH BINTI MD ISA