fb fb fb fb fb

Kate Middleton dijangka buat penampilan umum pertama tahun ini

(Instagram @princeandprincessofwales) Kate Middleton/AFP

LONDON, 15 Jun- Puteri Wales, Kate Middleton hari ini berkongsi bahawa beliau akan menghadiri satu upacara diraja pada hujung minggu ini, sekali gus menjadi penampilan umum pertama Kate di hadapan khalayak ramai untuk tahun ini.

Kate, 42, yang sebelum ini didiagnosis kanser dalam media sosialnya berkata, rawatan beliau "mencapai kemajuan yang baik" dan ia diperlukan selama beberapa bulan lagi.

"Saya tidak sabar untuk menghadiri Perarakan Hari Lahir Raja hujung minggu ini bersama keluarga dan berharap boleh menyertai beberapa penglibatan (tugas) awam sepanjang musim panas ini, tetapi saya tahu bahawa saya belum pulih sepenuhnya," katanya.

Pada Mac lalu, Kate mengesahkan sedang menjalani kemoterapi pencegahan selepas keputusan ujian yang diambil susulan pembedahan perut yang dijalaninya menunjukkan terdapat kehadiran kanser.

Berita itu adalah satu ujian kesihatan terbaharu kepada keluarga Diraja Britain selepas Raja Charles III yang turut dikhabarkan menjalani rawatan untuk kanser. -AFP

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA