fb fb fb fb fb

Kate Middleton semakin pulih selepas jalani pembedahan perut

Puteri Wales, Kate Middleton

LONDON, 29 Januari- Puteri Wales, Kate Middleton dilaporkan telah meninggalkan hospital selepas menjalani pembedahan perut, menurut pejabat Istana Kensington pada Isnin.

Kate, 42, yang suaminya adalah Putera William, pewaris takhta Britain, dirawat di hospital swasta London hampir dua minggu lalu.

Dia telah pulang ke Windsor, barat London, untuk meneruskan proses pemulihannya.

Sebelum ini, pegawai istana berkata dia memerlukan pemulihan selama beberapa bulan.

Kate dan William mengutuskan ucapan 'terima kasih yang tidak terhingga' kepada kakitangan hospita.

Pada masa pembedahannya, Istana Kensington menegaskan bahawa keadaan Kate tidak ada kaitan dengan kanser.

Bapa mentua Kate, Raja Charles III, kekal di klinik London yang sama selepas menjalani pembedahan prostat pada hari Jumaat. Charles, 75, dikatakan semakin pulih selepas prosedur itu.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE