fb fb fb fb fb

Situasi Raja Charles III dan Kate Middleton wujudkan 'ketakutan kesihatan'

Berita kesihatan Raja Charles III dan Kate Middleton menjadi tumpuan muka hadapan akhbar-akhbar Britain/AFP

LONDON, 18 Januari- Princess of Wales, Kate Middleton, 42, menghabiskan hari ketiganya di hospital selepas menjalani pembedahan di bahagian perut, semalam.

Sementara itu, bapak mertuanya, Raja Britain, Raja Charles III, 75, akan menjalani 'prosedur pembetulan' di sebuah hospital pada minggu depan kerana masalah pembesaran prostat.

Situasi tersebut mewujudkan 'ketakutan kesihatan' yang menyebabkan tiga tokoh paling kanan diraja Britain tidak dapat berkhidmat termasuk pewaris takhta, Putera William, 41.

Puteri William dilapor menangguhkan semua jadual rasmi untuk berada di sisi isterinya, Kate yang dirawat di Hospital The London Clinic, serta menjaga tiga anak mereka.

Sehubungan itu, isteri Charles III, Permaisuri Camilla, 76, dilihat paling ketara bekerja ketika ini dan mungkin untuk beberapa minggu akan datang.

Istana Kensington turut tidak memperincikan isu kesihatan Kate, namun mengesahkan ia tiada kaitan dengan kanser.

Kate dilapor akan terus berada di hospital untuk tempoh dua minggu lagi.

Hospital The London Clinic kini menjadi 'rumah' bagi pihak media yang menunggu di pekarangan kemudahan tersebut.

Hospital itu sebelum ini telah merawat suami mendiang Ratu Elizabeth II, Putera Philip dan adik perempuannya, Puteri Margaret, serta bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA