fb fb fb fb fb

Bas bawa pelancong China kemalangan di Thailand

FOTO REUTERS

PHANG NGA, 18 Januari- Sekumpulan pelancong warga China cedera apabila bas yang membawa mereka terlibat kemalangan di Thailand, baru-baru ini.

Bas tersebut dilapor dalam perjalanan ke jeti dari sebuah hotel di Phuket bagi perjalanan bot ke Kepulauan Similan di wilayah sini pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, ketika melalui Jalan Thep Kasattri, kenderaan itu hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam.

Leftenan Kolonel, Akaraphon Sriwilai dari Balai Polis Tha Chatchai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 7.50 pagi.

Katanya, 17 pelancong warga China termasuk seorang kanak-kanak dan tiga lagi warga Thailand cedera ringan.

Kesemua mereka dibawa ke Hospital Thalang untuk rawatan lanjut.

Pemandu bas, Suwan Promsarn, 39, berkata, kemalangan berlaku selepas dia mengelak sebuah lori sebelum hilang kawalan dan terbabas.

Ketua Polis Pelancong Phuket, Kolonel Ekchai Siri pula berkata, konsulat China di Phuket telah dimaklumkan untuk membantu pelancong dan kejadian itu sedang disiasat polis.

Thailand adalah salah satu negara yang mempunyai rekod keselamatan jalan raya paling teruk di dunia. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA