BAITULMAQDIS, 27 Mac- Penceroboh Israel menutup dua jalan di bandar Hizma, timur laut bandar Baitulmaqdis pada Rabu.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), wartawan melaporkan bahawa penceroboh di bawah perlindungan tentera Israel, menutup dua pintu masuk ke bandar tersebut.
"Tentera bersenjata melepaskan tembakan gas pemedih mata bertalu-talu ke arah penduduk yang membantah penutupan pintu masuk tersebut. Tiada maklumat segera mengenai sebarang kematian atau kes sesak nafas," lapor WAFA.
Tentera Israel telah mengetatkan langkah-langkah ketenteraan di seluruh Tebing Barat beberapa jam selepas pembebasan kumpulan pertama tahanan Palestin.
Ia sebagai sebahagian gencatan senjata Gaza, yang berkuat kuasa pada Januari lalu dengan memisahkan dan mengasingkan bandar-bandar serta wilayah-wilayah menggunakan pintu tentera, penghalang, dan blok konkrit.
Israel telah mengehadkan kebebasan bergerak rakyat Palestin di Tebing Barat menerusi kira-kira 898 sekatan tetap dan bergerak.