fb fb fb fb fb

Israel tembak penduduk cuba untuk pulang, seorang maut

Anggota keselamatan di Chaqra membawa mangsa cedera yang ditembak tentera Israel ketika cuba menuju ke Mais al-Jabal, selatan Lubnan/Foto AFP

BEIRUT, 26 Januari - Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan seorang maut dan 17 lagi cedera selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk di selatan Lubnan yang cuba kembali ke kampung mereka pada Ahad.

"Tindakan agresif musuh Israel terhadap warga tempatan yang cuba kembali ke kampung mereka telah menyebabkan seorang maut dan sembilan cedera di Houla.

"Manakala lapan lagi mengalami kecederaan di Kfar Kila," menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Lubnan. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN